''

Thursday 29 September 2011

Demi Cinta Kita

Can't resist from taking these pics and to put it on my blogos. Super awesome cute & sangat suweeet!!

Kucen demok dgn muka yg garang cuba melepasi pagar berduri

Ouch~ ouch~ Ouch~ <sambil kontrol hensem>

almost there

alolololo~~~~ mutuk2 nomey. Lup u dear!
credit to http://www.damnlol.com/the-pain-of-love-8712.html

Wednesday 28 September 2011

Amukan Gu@Pitto

Again, this is about Gu@Pitto. Gu yang mengamok. Tragedy happenned somewhere in the early of 2010 if i'm not mistaken. Maybe he got frustrated becoz i left him alone at home. Me went to office and usually will be back home late at night. So when arrived Gu will be waiting in front of the door with mata yg bersinar (nak manje la tu konon). I left him wif plenty of food. Ayam goreng (his fav) and friskies. Kalo kat umah dkt sg manik sebok dia nak makan friskies Mode. Bila dah tinggal sorang2 kat umah, takde pulak dia melahap nak makan friskies tu kan. Ngade2 betol.
Amukan Gu@Pitto. Gu, kakso nak wat esemen la. Habis buku kakso kamu baham.
My mom pesan, kalo tido tutup pintu bilik. Jgn bagi Gu masuk, nnti kalo dia tension habis kene gigit dgn Gu ni. Which is true. Gu adelah seekor kucen yg ganas. Walaupon dia bantut tak besor2, tp Gu adelah sangat aktif dan ganas. Kalo dia mengiau kita tak layan, pernah tak semena-mena Gu meloncat2 & gigit kaki saye yang jauh lagi besar dr dia. Tgk lah kecomelan dia di kala dia behave. Tp jika dia tension, dgn tak ragu2 Gu akan mengkokak orang.

Walaupon begitu, Gu cukup takut dgn orang yg tak di kenali. Pernah mase student came to my house, Gu ran to me and menyorok dlm my kain telekung. The student eagerly nak dukung Gu. I asked them just to keep silent for a while biar Gu ni igt diaorg dah balik. After few minutes, Gu jenguk dr my kain telekung, then bila dia nampak the student masih ade lagi, terus dia sambung nyorok. Jadi terpakse lah i dukung Gu & pass dkt student tu. Tp kene pegang kuat2 coz Gu keras kan badan dia & dlm keadaan bersedia nak cabut lari. 
Gu accompanying me watching tv. Citer Kekasihku Seru. Seram~~~


Gu buat muka tension tidur nyer di ganggu

Gu cuba melelapkan mate bersame abg Mode




Tuesday 27 September 2011

Late Night Show wif Mode

Again Mode teman kan kakso berjage malam
Mode suda mengantok~~~

Monday 26 September 2011

Mode in Basket

Hobby kucen dik tot ni adalah to get fit into any basket, bags, box that he found. Mode yg sungguh mengade2. Lagi2 bila kalo dik tot ade balik cuti.

Mode in Basket

Mode > mak nak buat kejer la. Menyebok jer~~~
Mode the Sleepy Head
Walau ape pon mak tetap menyayangi Mode. Boleh nampak separuh badan Labu dkt atas sinki tu

Tuesday 20 September 2011

Always


We always thought loving someone was the greatest feeling,
but we realized that loving a friend is even better. We may lose people we love but we never lose true friends. All friends never split & even if they do they will meet again.

We meet each other as a stranger,
we leave each other as a friend as long as the world stand,
our frienship never ends


Thank you girls for being my very best friends. Been there wif me thru ups & down, thick & thin~

Monday 19 September 2011

Tragedi Pet Koala yg Comel

Pet Koala : Encik...i'm thirsty. Mintak sket air bleh? Please :p~~~

Pet Koala : This is good. Thank you very much encik.... he he he~~~

Pet Koala : hmm....air ni panas ke sejuk...

Pet Koala : waaa.... selamat utk di minum

Pet Koala : its so hot out there. best nyer dpt berendam.... fewh!


Pet Koala : Privacy plz :p


Sunday 18 September 2011

Gu in the Car

This is my elder brother's cat, named 'Gu'. He got so many name. Angah called him 'Tik', ayah called it 'Matak' and i called him wif various name which relates to perangai kucing ni. I called him 'Hantu' coz this cat ade satu habit bila dia naik angin dia akan menggigit org tak tentu pasal. But my mom marah i called him 'Hantu'. So I change calling him dengan name yg lebih manje which is 'Tu'. But then its continued wif another nick name for him 'Tupit' then 'Pitto'. All is referred to him, the same cat. But his short name is 'Gu' which i feel sangat sesuai coz tuan dia 'my angah' ade nick name 'Gi'. He he he~~~. Name-name yg pelik kan. Don't bother lah. Gu is so cute, cuddly, hyper dan adalah sangat manje sumtimes (kalo nak mintak makan dia berlakon2 manja lah....gedix).

I sometimes used took him to my work place. From Teluk Intan ~ Tronoh. Since I don't have housemate, so i need someone  accompanying me at home. There's Gu, even though he did not volunteer, i tetap kidnapped dia.... hehehe. At first I put him in the cage and put it next to me. Tp Gu menangis non-stop sambil kuar kan tgn dia to reach me (Gu tgn pendek dpt pegang gear box jer).

Kesian tgk Gu non-stop meowing, i stop-by kejap and took him out from the cage. Then he walk freely in the car and I continue driving. He seems comfortable in the car and take a look out the window. Finally he reached me and sat on my lap. Purring. Maybe he felt safe sitting on my lap. Cuma bila keter stop dkt trafic light, he will take his chance looking out the window to the next car outside.

There only i knew that Gu tak suka di kurung. If we brought him in car, better let him free. Gu takkan kacau kita yg tgh driving. He just knew how to behave. Tempat fevret dia is at the seat beside the driver. Penah sekalik, i stop dkt Trafic Light, Gu bangun and terus jenguk keluar dkt tingkap. Next to my car was kereta polis and they just looked at me wif smile and pointing to Gu. Gu seems happy sbb dia jadik perhatian and he looked at me dgn mata yg bercahaye. Kau mmg ek Gu, selamat aku tak kene saman.

Saturday 17 September 2011

Pet Diary

Can't sleep. Mode 'kucen adik tot' came near me, cuddle into his best position for comfort. Few hours, late in middle of the night, few pics captured while mode is asleep. So cute. Ye ke. Pada sipi la kot, kucen dia sumer comey. I guess this cat has reached more than 5 years old, kan dik tot? Kucen kamu udah tua la pi~~~
Mode ke-mengantukan. Kakso need that small table la mode

Mode teman kan kakso berjage malam depan tv

Monday 12 September 2011

Mana mak?

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

credit to Blog Teh Secawan

Sunday 11 September 2011

Pelakon Lelaki Popular

Shaheizy Sam. Byk kali pernah ku tgk mamat ni berlakon drama, filem. Kool la aku tgk. Pandai berlakon & pegang mcm2 watak. Takde la mcm pelakon lain, asik jadi hero jer kan. Dak ni kalo berlakon mmg real. Kalo bg watak jahat, mmg samseng giler aku tgk. Kalo dpt watak anak yg baik, mmg sampai nak menitik la air mate aku tgk drama dia. Tp jgn tanye citer ape yg dia berlakon, aku tak ingat tajuk. He he he.

Aneway, aku bukan nak komen pasal lakonan dia kat sini. Aku nak pick kate2 ucapan dia mase dia menang anugerah dlm filem festival malaysia. Mmg org mcm ni la yg aku suka. Selalu artis2 ni bila menang, ayat default diaorg 'owhhh.... saye tak menjangka kan dpt anugerah ini. owh saye tak sangka...'. Come on la, takde konfiden langsung, nak rendah diri sangat lah tu konon ek. Tp dak Shaheizy Sam ni, mmg ayat dia aku suka, konfiden & bersemangat. He said, for years saye tgk org lain yg naik pentas dpt this award. But now, i'm holding it. Mmg usaha saye selame ni berbaloi. So, keep it up Shaheizy Sam.

Moral of the story nak ckp, Be Confident of Yourself. Tp jgn jadi arrogant sudah la. Peace :)!!!!

Saturday 10 September 2011

Justin Bieber - BieberLicious

Listening to his song. Justin bieber. No doubt he is cute. Lagu dia pulak, sumer sedap2 jer. He is very lucky sbb dpt buat collabo dgn other popular singer. Usher, chris brown, rascal flatts. The hair style ~ keep it up. Wait for another few years, tgk cemane gaye rambut dia.

Try this song > http://www.youtube.com/watch?v=cVPoBCiXB8A

Friday 9 September 2011

My Wish

This song really touches my heart. By Rascal Flatts. Btw, lagu2 from this band mmg sumer best2 belake. All their song adelah sangat meaningful. Memang sket2 mcm lagu orang2 putus cinta, but it depend on how we interprete it. To me, it is more to relationship, family-ties~

Ape2 pon, i would like to dedidate below lyric to my lil sis currently @india. This is my wish for you dearie. Hope u spare some times reading my blogos...



I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,
I hope you never look back, but you never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

Love,hugs & kisses
Kakso

Try listening to this too:
> http://www.youtube.com/watch?v=R_zi4OxJpY0&feature=related
> http://www.youtube.com/watch?v=ID3NXM-dxrk&feature=related
> http://www.youtube.com/watch?v=lhHgNgIYfzQ&feature=fvwrel
> http://www.youtube.com/watch?v=L4ZOR21DxSE&feature=related
> http://www.youtube.com/watch?v=uPHZ4InyvRE&feature=related
The text you want changed to the font specified above Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

''